Tempat Terbaik

Selamat datang ke  C.A.H. Enterprise (Perlis) Sdn Bhd  kami adalah pembekal dan menjual berbagai jenis barang-barang  hardware dan bahan-bahan binaan kawasan Perlis dan Kedah.Untuk hubungi Tel: 04-9770261 Fax 04-9774303
Malaysia :

Tuesday, December 24, 2019

QADA DAN QADAR

PENGERTIAN IMAN KEPADA QADA DAN QADAR

Iman kepada qada dan qadar adalah rukun iman yang terakhir atau KEENAM. QADA dan QADAR lebih di kenal dengan kata takdir.Takdir di alam ini ada yang baik dan ada pula yang buruk .

QADA iaitu ketetapan Allah swt sejak zaman azali lagi sesuai dengan kehendakNya Iradah tentang segala sesuatu yang berhubungan dengan mahluknya. qadar iaitu perwujudan dari qada atau ketetapan Allah swt dalam  qadar tertentu sesuai dengan kehendakNya (takdir).

Hubungan antara qada dan qadar iaitu hubungan yang tidak dapat dipisahkan dan merupakan satu kesatuan kerana qada diibaratkan rencana, sedangkan qadar sebagai perwujudan atau kenyataan yang terjadi. Allah swt dalam melakukan qadar Nya sesuai dengan KEHENDAK-NYA hal ini dijelaskan dalam
QS.Al-Hijr ayat 21:

Pengertian Iman kepada QADA dan QADAR

Iman kepada qada dan qadar iaitu percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah swt telah menentukan segala sesuatu yang akan terjadi untuk mahluknya (QADA dan QADAR).

Setiap manusia, telah di ciptakan dengan ketentuan-ketentuan dan telah di atur nasibnya sejak zaman azali lagi. Akan tetapi bukan bererti kita sebagai manusia bermalas-malasan menunggu nasib tanpa berusaha/berikhtiar. Kerana sebuah keberhasilan tidak akan tercapai tanpa adanya usaha.

Macam² Takdir

Ada dua macam takdir iaitu Takdir Muallaq dan Takdir Mubran.

1) TAKDIR MUALLAQ
     "Takdir muallaq iaitu takdir yang masih dapat di ubah dengan usaha atau ikhtiar. Contohnya iaitu seseorang yang ingin kaye maka harus bekerja, orang yang menginginkan pandai maka harus belajar. Segale sesuatu yang kita inginkan tidak akan tercapai jika tidak diiringi dengan berikhtiar atau berusaha.

2) TAKDIR MUBRAN
     "Takdir mubran iaitu takdir yang tidak dapat di ubah lagi, walaupun sudah ikhtiar. Contohnya adalah kematian seseorang.

HIKMAH BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

1) Melatih diri untuk lebih bersyukur kepada Allah swt.
mendekatkan diri kepada Allah swt .

2) Melatih seseorang menjadi orang yang giat berusaha dan tidak cepat putus asa.

3) Menghindarkan dari sifat sombong.

4) Dapat menenangkan jiwa.

5) Membiasakan diri untuk bersabar dan bertawakal kepada Allah swt.

Demikian penjelasan mengenai Pengertian iman kepada qada dan qadar. Semoga kita tidak akan lebih giat lagi usaha untuk mencapai impian² kita akan tetapi jangan lupa kita berdoa kepada Allah swt serta bertawakal kepadaNYa. Dan lebih bersyukur terhadap semua yang sudah kita terima selama ini, serta tidak menyesali semua yang sudah terjadi kerana sesungguhnya manusia hanya dapat berusaha dan yang menentukan semua hanyalah ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment