PANDUAN SEMBAHYANG MUSAFIR
Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:
Dari Anas bin Malik r.a. berkata "Biasanya Nabi
Muhammad s.a.w. (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir
matahari, ia menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu asar, kemudian baginda
turun dari kenderaan lalu ia jama'kan kedua-dua (zohor dan asar dengan Jama'
Ta'khir). Sekiranya gelincir matahari
sebelum baginda berangkat, ia sembahyang zohor kemudian terus
berangkat". (Hadis Riwayat Bukhri
dan Muslim).
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG QASAR :
1. Perjalanan itu
dengan tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
2. Jarak
perjalanan -
Perjalanan
itu mestilah sejauh dua marhalah iaitu lebih kurang (50 batu atau 91 km).
3. Menentukan
tempat yang dituju:
Seseorang
yang musafir hendaklah berazam (berniat) dipermulaan perjalanannya untuk menuju ke tempat yang tertentu.
4. Mengetahui
tentang hukum harusnya sembahyang qasar:
Mengtahui tentang harusnya sembahyang qasar adalah
penting, bagi mengelakkan dari perbuatan yang sia-sia dalam beribadat.
5. Berniat
mengerjakan sembahyang qasar semasa takbiratul ihram dan tidak ada sebarang
perubahan dalam niatnya; Sekiranya niat
qasar ini berubah ataupun terjejas disebabkan oleh suatu keraguan, maka
mestilah disempumakan sembahayang (empat rakaat).
6. Tidak berimamkan
kepada imam yang sembahayang tamam (genap rekaat) sekalipun Imam itu seorang
musafir.
7. Memalihara
daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar sembahyang.
8. Masa musafir
masih berkekalan ketika ia merjakan sembahayang.
Solat Jamak & Qasar Cara Betul dari JAKIM
Solat Jamak
Solat jamak adalah salah satu daripada rukhsah
solat (kelonggaran atau keringanan) yang diberikan oleh Allah
S.W.T. kepada umat Islam yang bermusafir. Solat jamak bererti himpunan dua
solat (Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak) dalam satu waktu yang
sama. Terdapat 2 jenis solat jamak, iaitu:
- Jamak Taqdim – dilakukan di dalam waktu solat pertama (Zohor atau Maghrib); manakala
- Jamak
Ta’khir – dilakukan di dalam waktu solat kedua (Asar atau Isyak).
- Jamak Taqdim
- Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan untuk solat jamak taqdim, iaitu:NiatNiat jamak perlu dilakukan di dalam waktu solat pertama (Zohor atau Maghrib) ketika mengangkat takbir. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga niat semasa solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. Jika niat diberikan hanya selepas salam, maka barulah ianya tidak sah.TertibCara yang betul adalah dengan melakukan solat pertama terlebih dahulu, diikuti dengan solat kedua sejurus selepas selesai yang pertama.Contoh:
- Sekiranya
anda ingin menjamakkan solat Zohor & Asar; solatlah Zohor dahulu,
diikuti dengan Asar; atau
- Sekiranya
anda ingin menjamakkan solat Maghrib & Isyak; solat Maghrib dahulu,
diikuti dengan Isyak.
Rasional di sebalik tertib ini adalah kerana solat pertama telah pun masuk waktu, manakala solat kedua hanyalah sebagai penumpangnya.Selain itu, harus diingatkan bahawa jika solat pertama terbatal kerana tidak sempurna syarat mahupun rukun, maka solat kedua juga akan ikut sama terbatal.Berturut-TurutKedua-dua solat perlu dilakukan secara berturut-turut tanpa ada pemisah, seperti, pitam, terlupa, ataupun anda pergi mengerjakan perkara-perkara lain terlebih dahulu sebelum memulakan solat kedua, seperti berborak-borak mahupun makan.Rasionalnya adalah kerana solat jamak telah pun menjadikan dua solat ini sebagai satu. Sekiranya terdapat aktiviti atau perbuatan lain di antara kedua-dua solat, maka secara automatik juga solat jamak akan menjadi tidak sah.Namun begitu, pemisahan yang sekejap seperti azan, iqamah, dan berwuduk adalah dibolehkan.Perjalanan Berterusan Sehingga Masuk Waktu Solat KeduaPerjalanan sebagai musafir perlulah berterusan sehingga sekurang-kurangnya pada waktu takbiratul ihram solat yang kedua. Sekiranya musafir tamat sebelum memulakan solat yang kedua, maka jamak tidak lagi dibolehkan kerana syarat membolehkannya telah pun hilang.Jamak Ta’khirNiat - Sekiranya
anda ingin menjamakkan solat Zohor & Asar; solatlah Zohor dahulu,
diikuti dengan Asar; atau
Niat solat Jamak Ta’khir perlu dibuat di dalam waktu
solat pertama (Zohor ataupun Maghrib). Sebagai contoh, sekiranya anda sedang
memandu dan berhajat untuk solat jamak ta’khir, ambillah masa sekejap untuk
berniat sewaktu anda berada di dalam waktu solat pertama.
Masih Dalam Perjalanan Sehingga Kedua-dua Solat Selesai
Didirikan
Sama seperti solat Jamak Taqdim, perjalanan sebagai
musafir perlulah berterusan sehingga waktu solat kedua. Jika tidak, syarat
jamak akan hilang dan rukhsah solat akan terbatal.
Tertib – Tidak Wajib
Berbeza dengan Jamak Taqdim, tertib tidak menjadi satu
kewajipan. Oleh itu, mana-mana solat dibolehkan dibuat dahulu. Contoh:
- Zohor dahulu, kemudian Asar;
- Asar
dahulu, kemudian Zohor;
- Maghrib
dahulu, kemudian Isyak; atau
- Isyak
dahulu, kemudian Maghrib.
Sebab: Meskipun adalah lazim untuk bersolat mengikut
urutan biasa (seperti Zohor kemudian Asar), hanya solat kedua yang ada solat
berjemaah di dalam waktunya.
Solat Qasar
Solat Qasar bermaksud memendekkan solat 4 rakaat kepada 2
rakaat, iaitu bagi solat Zohor, Asar & Isyak.
Solat Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan sama
sekali.
Syarat-Syarat Solat Qasar
- Musafir
telah melepasi sempadan tempat tinggal.
- Tiada
niat bermukim melebihi 4 hari tanpa mengira perjalanan pergi dan
balik.
- Tidak
solat berjemaah dengan berimamkan orang yang solat dengan sempurna
rakaatnya.
- Masih
dalam keadaan musafir ketika solat Qasar dilakukan.
Solat Jamak & Qasar
Musafir adalah diharuskan untuk mengerjakan solat secara
Qasar dan Jamak sekaligus. Kaedahnya sama sahaja seperti solat Jamak, kecuali
ianya ditambah Qasar sahaja.
Contoh:
- Zohor
(2 rakaat) & Asar (2 rakaat); atau
- Maghrib
(3 rakaat) & Isyak (2 rakaat).
Lafaz Niat Solat Jamak Qasar
*Lafaz solat maghrib sahaja yang sedikit berbeza
berbanding solat Zohor, Asar & Isyak kerana “qasar” tidak disebut di dalam
lafaz. Hal ini kerana solat Maghrib tidak boleh dipendekkan.
Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala
Solat Jamak Ta’khir Beserta Qasar
*Sama seperti solat jamak taqdim, qasar tidak dilafazkan
kerana solat Maghrib tidak boleh dipendekkan. Jadi, anda hanya perlu menyebut
solat jamak.
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. ~ Hadis riwayat Ahmad.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
UNTUK JAMAK TAAKHIR:
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
AKHIR KATA
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.
Solat Jamak Taqdim Beserta Qasar
Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim (Zohor & Asar)
Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a taqdiimin
qosron lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak taqdim
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a taqdiimin qosron
lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak taqdim
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim (Maghrib & Isya’)
Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a
taqdiimin lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak taqdim
kerana Allah ta’ala.)
Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a taqdiimin qosron lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak taqdim
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Solat Jamak Ta’khir Beserta Qasar
Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir (Zohor & Asar)
Usolli fardhol zhuhri rok’ataini jam’a ta’khiirin
qosron lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Zohor dua rakaat jamak ta’khir
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Usolli fardhol ‘asri rok’ataini jam’a ta’khiirin
qosron lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Asar dua rakaat jamak ta’khir
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Lafaz Niat Solat Jamak Ta’khir (Maghrib & Isyak)
Usolli fardhol maghribi thalaatha roka’aatin jam’a
ta’khiirin lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Maghrib tiga rakaat jamak
ta’khir kerana Allah ta’ala.)
Usolli fardhol ‘isyaa’i rok’ataini jam’a ta’khiirin
qosron lillahi ta’aala
(Sahaja aku solat Fardhu Isyak dua rakaat jamak ta’khir
serta qasar kerana Allah ta’ala.)
Hikmah di Sebalik Solat Jamak & Qasar
Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. ~ Hadis riwayat Ahmad.
Antara hikmah-hikmah disebalik solat Jamak & Qasar
adalah:
- Meringankan
beban umat Islam dalam melakukan solat fardhu sewaktu bermusafir.
- Hadiah
dan tanda Allah S.W.T. maha penyayang.
- Keringanan
diberikan supaya solat dapat dilaksanakan di dalam apa jua keadaan.
- Memberikan
galakan kepada umat Islam untuk bermusafir di atas apa saja tujuan yang
baik dan ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan, mencari
rezeki, serta mengeratkan hubungan silaturrahim.
CARA SOLAT JAMAK
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan
(PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di
dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah
lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak
dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa
cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar
terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau
cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R
PLUS.
Gambar ihsan PLUS. Di ambil di Hentian R&R Tangkak, Arah
Selatan. Klik untuk saiz yang lebih besar.
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di
darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi
orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah
perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari
sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.
APA ITU SOLAT JAMAK?
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar
dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?
UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat
Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?
UNTUK JAMAK TAQDIM:
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan
kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan
kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
UNTUK JAMAK TAAKHIR:
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
AKHIR KATA
Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita
melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat,
walaupun bermusafir.
Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan
solat jamak qasar yang betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya
solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat qasar dari JAKIM.
Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment