Tempat Terbaik

Selamat datang ke  C.A.H. Enterprise (Perlis) Sdn Bhd  kami adalah pembekal dan menjual berbagai jenis barang-barang  hardware dan bahan-bahan binaan kawasan Perlis dan Kedah.Untuk hubungi Tel: 04-9770261 Fax 04-9774303
Malaysia :

Friday, January 10, 2014

Bukan Salah Cina Melayu Jadi Miskin

Pada 07 Jul 2013 C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd telah meningkat usia remaja iaitu sembilan belas tahun.  Dalam urusan pernigaan sudah melalui dan menempuh berbagai dugaan susah payah sehingga kini dan tidak akan selesai selagi kita meneruskan pernigaan lebeh-lebeh lagi sebagai Bumiputera tekanan-tekanan ada saja yang datang betali arus.

Untuk menguruskan sebuah pernigaan hendaklah kita bersabar, tekun dan cekal menghadapi dugaan dan kerenah pelanggan, hutang tidak dibayar, pengkuatkuasa  dari Jabatan-Jabatan Kerjaan yang membuat kita pening kepala. Ini adalah pengelaman yang aku sendiri mengelami.

Kedudukan mata wang kita jatuh kalau hendak dibandingkan Singapura, Thailand dan Indonesia, dengan ini membuat ekonomi Negara kita tidak menentu, kenaikan kos sara hidup yang tinggi akan membuat satu-satu pernigaan akan gulong tikar jika tidak ada ketahanan.

Apanya tidak?  disebabkan kenaikan harga minyak dan eletrik harga barang pula meningkat, harga jualan tidak dapat dinaikan disebabkan persaingan, kos pengangkutan dan eletrik meningkat keuntungan akan menurun, perkerja hendak kenaikan gaji kerana keadaan sarahidup meningkat.

Yang menjadi mangsa ialah majikan, semuanya akan ditanggung oleh majikan, disegi pelesenan, saman dari pengkuatkusa, kenaikan kwsp, kenaikan gaji pekerja, minyak dan eletrik. semuanya menangap bila menubuh syarikat pernigaan semuanya untung tidak yang tidak untung, itu sebab jabatan hasil dalam negeri pula akan ikut. Apakata pegawai hdln kalau tidak untung buat apa berniaga.

Selalunya kalau kita lihat kaum Bumiputera yang memiliki satu atau dua buah lori lama kelamaan akan lingkup.  Tetepi kalau bukan Bumi dari  dua buah lori akan meningkat empat lima buah dan lebih lagi. Apa sebab jadi begini? adakah kaum Bumi tidak pandai seperti bukan Bumi?
Fikirlah sendiri.

Bagi kaum bumiputera bukanlah senang untuk menceburi dalam bidan pernigaan.  Pertamanya persiangan dengan bukan bumiputera, mereka sudah  lama bertapak dalam segala bidang pernigaan, dari turun temurun lagi, sedangkan kita baru untuk mengenal apaitu pernigaan.

Inilah hasil penjajah yang menjajah Nagara kita kaum bumi digalakan makan gaji, kaum Cina bernigaan dan kaum India buruh.  Jadi meteliti orang kita makan gaji sudah ditanam dalam kepala,bila sudah tamat persekolahan  mereka akan berkerja setaraf dengan akidimik mereka.  Begitu juga sekira nya pilih menantu yang di tanya apakah perkerjaannya.  Kalau berniaga payahlah sikit.  Kerana makan gaji bila sudah tua ada pencen, kemudahan seperti pinjaman kereta, rumah dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w sabdanya:  99 razaki melalui pernigaan, kita mengambil contoh sesudah Nabi s,a,w menjadi Rusul, kita tidak mengambil penakanan semasa Nabi s.a.w maseh remaja. Ketika kecil menjadi gamala kambing, lihatlah perangai kambing disini belajar kesabaran, ketika ramaja ikut bapa sudara berniaga ke luar Negara, berlajar selok belok pernigaan dan pengurusannya.


Saorang koperat terbesar di Kota Mekah Siti  Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza pada suatu ketika,  beliau mencari orang yang jujur dan boleh dipercayaai untuk mengurus pernigaannya keluar Negara, maka takala beliau terdangar tentang keperdian Nabi Mihammad s.a.w. sebelum menjadi Rusul, yang mwmiliki sifat jujur, amanah dan berakhlak mulia, maka beliau meminta kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengurus dangangannya bersama seorang pembantunya yang bernama Maisarah.


Beliau telah mwmberi barang dagangan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melebihi apa yang dibawa oleh orang lain selain darinya.   Nabi Muhammad s.a.w. al-Amin pun menyutujuinya dan berangkatlah beliau bersama Maisarah dan Allah menjadikan perdangan yang diurus oleh Nabi s.a.w.tersebut menghasil keuntungan yang banyak.


Dengan keuntungan yang banyak Khadijah merasa sangat gembira dengan hasil tersebut kerana usaha Nabi Muhammad s.a.w.  ketakjubbannya terhadap keperbadian Nabi s.a.w. lebih besar dan meendalam dari semua itu.  Maka mulailah muncul perasaan-perasaan aneh yang berbaur dibenaknya, yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya.  Pemuda ini tidak sebagaimana kebanyakan lelaki-lelaki lain, timbullah perasaan dihatinya  lain dari yang lain..


Adakah pemuda tersebut mau kahwin dengannya, sedangkan umurnya sudah mencapai 40 tahun? perasaan bermacam-macam timbul dibenaknya apa pula dikata orang, kerana ia telah menutup pintu bagi pemuda dan lelaki Quiraisy yang telah melamarnya.


Disaat dia kebingungan dan gelisah kerana masalah yang mengghantui pemikiranya, tiba-tiba muncullah seorang temannya yang bernama Nafisah binti Munabbih, dalam perbualan mereka dengan kecerdikan Nafisah dapat mengelami perasan rashia yang tersimpan   dihati Khadijah dan masaalah yang dihadapinya.  Nafisah telah memberi keyakinan kapada Khadijah dan menenangkan perasaannya dengan mengatakan bahawa Khadijah adalah seorang wanita yang memiliki martabat, keturunan orang yang terhormat, memiliki harta dan paras rupa yang cantik.  Terbukti dengan banyaknya para lelaki Quraisy yang melamarnya.


Selanjutnya, Nafisah keluar dari rumah Khadijah, dia terus menemui Nabi Muhammad s.a.w. al-Amin sehinggga terjadilah perbualan yang menunjukan kebijakan dan kecerdikannya:
Nafisah :  Apakah yang menghalangmu untuk menikah wahai Muhammad?
Nabi Muhammad :  Aku tidak memiliki apa-apa untuk menikah.
Nafisah : (Dengan tersenyum seria berkata:  Jika aku pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya-raya, cantik dan berkempuan, apakah kamu mahu menerimanya?
Nabi Muhammad s.a.w. :  Siapa dia ?
Nafisah :  (Dengan cepat dia menjawab)  Dia adalah Khidajah binti Khuwailid.
Nabi Muhammad s.a.w. :  Jika dia bersetuju maka akupun setuju,

Selepas itu Nafisah pergi menemui Khadjih untuk menyampaikan berita gembira tersebut, begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepada suadara-suadara beliau tentang keinginannya untuk menikaahi Sayyidah Khadijah. Begitulah kesahnya sehingga mereka berkhawin dan mempunyai putera-puteri yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruggayah, Ummi Kalsum dan Fatimah.


Sikap orang kita suka meniru walaupun dalam pernigaan, kalau mereka melihat satu-satu pernigaan itu maju mereka akan membuka berhimpiran dengan kawan tersebut, ini terjadi dibanyak kampong-kampong, kalau dikawasan bandar itu lainlah.  Mereka tidak  membuat kajian kuasa pembeli yang ada dikawasan itu, bila ada dua buah kedai atau gerai yang menjual perduk yang sama pelangan akan terbahagi dua, jualan akan berkurangan.  Dalam pernigaan tak kira apa bidang, pengurusan hendak diambil berat.  Kejayaan se-seorang didalam pernigaan terletak disegi pengurusa, ada setengahnya tidak ada kira-kira perbelanjaan harian dan bulanan, bila hendak buat pinjaman dengan Bank tiada ada apa hendak ditunjukan, lepas itu kata payah hendak dapat pinjaman, lebih-lebih lagi peluang-peluang yang ada tidak dapat dimenfaatkannya dan tidak pandai mengambil peluang walaupun dihadapan mata.

Aku berasa sedih melihat bangsa sendiri kebanyakan tidak boleh maju! tiada sokongan dari bangsa sendiri. Semasa mula-mula aku buka pernigaan ini ada dua tiga  orang kata "tidak lama bungkuslah", bukan mereka hendak memberi semangat atau dorongan.

Perasan tidak boleh melihat orang lain senang, kalau boleh biarlah lebih terok dari aku. Bukan semua orang Melayu bersifat demikian cuma ada dua tiga kerat sahaja. Yang aku sedih tenggok bila kawan-kawan berjaya dalam pernigaan ada orang sanggup membuat ilmu hitam supaya kedainya tidak laku atau siapa pandang tidak ingin hendak masuk orang tak nampak. Biasa terjadi bukan saja tutup kedai tetapi tuan ampunya jadi bodoh dibuatnya. Sekiranya seribu orang hendak beri kemusnahan kapada kamu kalau Allah tidak izin ia tidak akan berlaku begitulah sebaliknya.

Bagaimana kaum Bumi akan capai 30% dasar ekonomi yang di warwarkan oleh Kerjaan sejak dari dulu lagi, apa sebabnya dasar ini tidak berjaya dicapai? Ini banyak faktor. Tetapi aku tidak dapat jelaskan kesemuanya, cuma yang dapat dijelaskan perara-pekara kecil sahaja.

Disini aku ingin bertanya kapada pembaca, kebanyakan kedai-kedai yang besar-besar di Pantai Barat siapa punya? Kebanyakan kedai-kedai bukan bumi siapa pembelinya? Mereka ini membuka kedai-kedai besar-besar dalam kampong dan pekan siapakah pelanggannya?  Mereka kaya siapa yang membantu mereka untuk mendapatkan kekayaan itu? Sekiranya kaum bumi memelih bangsa sendiri tentu kedai bukan bumi akan tutup kedai.  Oh bangsaku megapa jadi begini? Dimanakah Iman kamu.  Sedangkan aku membuka kedai kerana perdukipayah, pada masa itu tiada kedai bumi.

Inilah dikatakan PHD!  aku sendiri telah mengalami, ada setenggah mengatakan kalau kita beli dekat dia akan membuat dia lebih kaya, ini satu pendapat.  Ada pula yang berkata kedai melayu jual mehal!
Bila mereka ke kedai bukan bumi membeli pasir, batu dan bata. Sedangkan kedai bukan bumi ini mengambil barang-barang tersebut di kedai aku dan menghantar kepada mereka. Sebabnya kedai bukan bumi didalam pekan tidak simpan stok barang-barang tersebut. Dalam sebuah kampong orang-orang macam ini maseh ramai boleh dikatakan 50 - 65%. Mereka-mereka ini tidak mahu melihat bumi maju.

Begitu juga dengan kaki tangan Jabatan Kerajaan, mereka tidak akan berusaan dengan kita walaupun kita boleh memberi harga yang murah dari bukan bumi.  Kata mereka kedai kita payah kira.  Sekiranya Jabatan-Jabatan Kerjaan memilih kedai bumi sudah tentu dasar yang dilaungkan Kerjaan akan mencapai mutalamatnya. Untuk megatasi pakara-pakara begini hendaklah pehak atasan memberi penekanan kepada Pengarah Jabatan masing-masing.  Kita tahu surat-surat arahan dari Kementerian diutamakan kapada bumi. Tapi apa sudah jadi? Bukan diutama kapada Bumi tetapi dasar dibuat untuk kayakan koroni.

Kuasa membeli bumiputera dikatakan 100%. Kalau mereka-mereka ini dapat kita tarik sebanyak dalam 60% atau 80% saja sudah mencukupi!  Ceramah-ceramah Agama hendaklah menekan pekara-pekara begini.


Disini aku tegaskan kebanyakan Pembekal-Pembekal adalah bukan bumi, mereka hendak berniaga, bukan pandang bangsa dalam melatakkan harga.

Disini aku bagi satu contoh ada pekedai bukan bumi namanya katakan Aping bertanya pembekal bulehkah hantar kepadanya septaik tank, tetapi pembekal kata tiada barang malah kalau adapun harga mehal sedikit. Oleh sebab Aping tiada tempat untuk berusun dia pun tanya padaku, aku kata boleh cari, akupun tanya pembekal yang Aping tanya tadi dia kata ada dan harganya pula murah lagi yang dia beritahu Aping. Disini aku dapat bekal kapada Aping.
Ini satu lagi contoh di Kangar bukan tak ada kedai hardware Cina, tetapi kerana kita jujor dalam pernigaan dan kita buat kawan dengan pembekal-pembekal Cina yang mana boleh buat kawan. Mereka akan menulong apa-apa masalah dalam business.

Pada suatu masa satu kedai hardware di Setiawan bertanya pembekalnya adakah tempat yang boleh dia order barang-barang hardware diKangar Perlis, kerana pelangannya ada buat kerja di Perlis.
Pembekal mwmberi tahu Syarikat aku boleh dan dia berhubung denganku.

 Apa-apa pesanan dari pelanggannya dia fax kapada ku dan aku guna pesanannya untuk hantaran kapada pelanggannya, bila barang dihantar dan pelanggannya tanda tangan dalam pesanan tersebut tanda dia terima barang, dalam pesanan tersebut tiada ditulis harga. Aku tulis invios berserta harga dan fax kapadanya bersama pesenan yang telah diakui penerimaan barang-barang tersebut berserta dengan nombor akuan bank untuk pembayaran.

Banyak lagi kalau hendak dicerita orang kata business contek ini aku boleh berurusan di Negeri-Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara, Kuantan Pehang, Kelantan dan Tergganu. .

Pada masa ini tahun 2015 ekonomi Negara telah berkembang begitu pesat kerana kepandaian Pemerentah mengurus ekonomi Negara, itu yang dikatakan oleh pemimpin Negara, sedangkan mata wang Malaysia merudum jatuh begitu terok sekali dalam sejarah, bila mata wang Malaysia jatuh merudum ada seorang dua ahli ekonomi mengatakan ini baik untuk rakyat, begitu juga 1 April 2015 ini akan dikenakan GST, ini juga baik untuk Rakyat, semua baik, tidak yang tidak baik melainkan baik belaka!

Ada pula Menteri  menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang. Macam-macam tekanan kepada peniaga! dari akta buroh, kwsp, Hasil Dalam Negeri, pelesenan, pengkuatkuasa, dan bermacam-macam lagi, tidak dapat dihuraikan dengan terpenci disini. Siapa-siapa hendak menceburi dalam bidang business hendaklah cekal mentel dan pisikal

Cuba kita renongkan ucapan-ucapan pemimpin kita, "kalau harga gula naik ini baik untuk penguna,
kurangkan makan gula, gula memyebabkan penyakit kencing manis." bila minyak masak naik "kurangkan guna minyak masak boleh menggelakan kalostrol."  macam-macam nesihat mereka untuk perbodohkan kita. Apa sebab tidak suruh pulau?  ini mereka punya??  Harga gula dunia dah lama jatuh merudum, tetapi di Malaysia mengapa harga gula tidak ikut turun sama? Siapakah yang mengawal pengimport gula di negara kita? harga gula sekarang telah jatuh, tetapi kita maseh membayar dua kali ganda harga pasaran. Apa sebab tidak turun? Begitu juga dengan Eletrik, mengapa TNB tidak turunkan tarif eletrik, wlalupun minyak jatuh harga. Lu pikirlah sendiri!

Kebanyakan barang-barang keperluan adalah diimport dari luar negara, dengan kejatuhan RM kita terpaksa membayar lebih dengan mengguna RM. GST baik untuk rakyat, itulah seranan Menteri-Menteri kita, dengan adanya GST harga lebih murah, rakyat akan senang. Kalau boleh orang berniaga hendaklah tolong Kerajaan, kalau kerjaan naik harga minyak petrol/disel, eletrik, bermacam akta lesen orang bernigaan kena turun harag barang, ini baru penigaan yang baik tak begitu? Apa-apa yang pemerintah buat adalah baik yang tak baik adalah kita. Walaupun pemerintah kata kita akan jadi Negara Maju pada tahun 2020 sedangkan banyak Syarikat-syrikat yang gulong tikar, Petronas, Shell dan Mas banyak dah buang pekerja, rakyat tempatan dibuang tentu pula banyak yang mengangor, yang cantiknya begitu banyak dibawa masuk warga Bengala, ini apa dah jadi?


akan dihuraikan nanti.








No comments:

Post a Comment