Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah.
Tujuan saya menulis ini adalah supaya kita dapat mengamalkan
suatu amalan yang mudah, dan semoga kita semua dapat beristiqomah dalam
melakukannya. Nabi berkata Allah lebih suka suatu amalan yang berterusan,
walaupun ianya sangat sedikit/pendek.
A. Hadiah Al-Fatihah setiap pagi selepas Subuh
1. Kepada diri sendiri 7X
2. Kepada Rasulullah dan ahlil bait 1X
3. Kepada semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam hingga ke
Nabi Muhammad 1X
4. Kepada semua sahabat Nabi r.a. 1X
5. Kepada semua warisatul anbia’, wali kutub, wali Allah 1X
6. Kepada semua malaikat di langit dan di bumi 1X
7. Kepada kedua ibubapa 1X
8. Kepada diri yang sebenar diri dan untuk kalimah
Lailahaillah 1X
Penerangan:
1. Sebelum kita memberi hadiah kepada orang lain, kita
mestilah ada bekalannya dahulu. Dan selalunya, kita hanya bersedekah kepada
orang lain dan tiada sesiapa yang akan bersedekah untuk kita. Maka, oleh itu
sebaiknyalah kita bersedekah untuk diri kita dahulu. Seperti juga zakat.
2. Sebagai tanda kita kasih akan Baginda Nabi, maka
seharusnyalah kita sentiasa bersedekah untuknya, sebagaimana kita selalu
berselawat keatasnya ketika solat.
3. Semua Nabi dan Rasul itu adalah kekasih Allah, maka
selayaknyalah kita juga mesti ingat kepada mereka. Bila kita ingat semua
kekasihNya, maka Dia juga akan ingat akan kita.
4. Semua sahabat Nabi itu mendapat tempat yang istimewa di
sisi Nabi di akhirat nanti. Maka adalah amat dituntut bagi kita untuk
mengingati mereka juga.
5. Semua warisatul anbia’ itu adalah pewaris Nabi, maka
selayaknyalah kita berterimakasih kepada mereka. Kerana tanpa mereka, Islam dan
ilmunya tidak sampai kepada kita.
6. Para malaikat itu ditugaskan untuk menjaga kita. Amatlah
molek jika kita bersedekah untuk mereka juga supaya mereka dapat menjadi saksi
yang baik untuk kita.
7. Allah akan murka kepada kita jika kita tidak mendoakan
kedua ibubapa kita. Oleh itu, kita kena perlu bersedekah dan berdoa untuk
mereka juga. Selain ketika ini, setiap kali kita membaca Al-Fatihah di dalam
solat, sebelum membaca amin, ini adalah tempat yang sesuai untuk kita berdoa
untuk keampunan bagi mereka dengan doa “rabbigh firli waaliwaalidaiya”.
8. Diri yang sebenar diri kita adalah roh kita, yang akan
kembali menemui Allah nanti. Bila kita bersedekah kepada roh kita sendiri,
insyaallah adalah bekalan yang akan kita bawa nanti. Kita bersedekah untuk
kalimah Lailahaillah supaya kalimah yang mulia itu akan rapat di hati kita, dan
akan datang kepada kita di saat-saat kita amat memerlukannya, iaitu ketika
malaikat Izrail datang menjemput kita.
B. Kita yang dilahirkan sebagai manusia biasa ini adalah
senantiasa di dalam keadaan berdosa. Contoh dosa yang biasa kita lakukan :
– dosa hati seperti bersangka buruk dengan orang lain, ujub
dan riak yang sengaja atau tidak,
– mengumpat/terumpat atau terdengar orang lain mengumpat
Oleh itu, bila kita banyak berdosa dengan Allah (tidak
termasuk dosa dengan sesama manusia lagi), maka perkara yang wajib untuk kita
lakukan adalah beristighfar meminta keampunan dariNya. Salah satu istighfar
yang baik untuk diamalkan adalah penghulu istighfar. Selepas selesai solat
fardu, bacalah aturan ini:
Rabbi a’uzubika min hamazatisyayatin, wa a’uzubika rabbi
ayyahdhurun
Astaghfirullahalazim 3X Allazi lailahailla huwal haiyu
qaiyum waatubuilaih
Bismillahirahmanirrahim 3X
Ashhaduan Lailahaillallah Waashhaduanna Muhammadarrasulullah
Innalillahi wainnailaihiraji’un
Bismillahirahmanirrahim
La hayyun, La Alimun, La Qadirun, La Muriidun, La Samiun, La
Basiirun, La Mutakallimun, bihaqqi illallah, wala haulawala quwwata illabilla
hil’aliyil ‘azim.
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
. Membaca Sayyidul Istigbfar
اَللَّهُمْ اَ نْتَ رَبَّيْ لَا اِلٰهَ اِلَّا
اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَاَنَا عَبْدُكَ وَاَ نَا عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ اَعُوْدُبِكَ مِنْ
شَرَّ مَاصَنَعْتُ اَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ
وَاَ بُوْءُبِذَ نْبِىْ
فَاعْفِرْ لِىْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُ نُوْبَ اِلَّا اَنْتَ
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)
Nota: Penghulu
Istighfar
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin
Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada
waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga.
Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu
meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga:
Selepas solat asar adalah waktu yang sesuai untuk
beristighfar sebanyak 70X. (tukar 3X ke 70X). Diriwayatkan, bila kita istighfar
70X itu akan menghapuskan dosa kita selama 70 tahun. Akan diampunkan pula dosa
ibu kita untuk tahun yang terlebih itu.
Selain dari itu, setiap kali ketika hendak mandi, apalah
salahnya jika kita berniat untuk mandi sunat taubat, selain dari niat untuk
menghilangkan bau badan.
C. Berselawat ke atas Nabi
Berselawatlah ke atas Nabi, kerana sesungguhnya Allah dan
para malaikat selalu berselawat keatas Baginda. Sekali kita berselawat
keatasnya, 10X Allah akan memberi rahmat kepada kita. Bila kita rujuk
kitab-kitab yang biasa ditulis, kita akan dapati terlalu banyak kelebihan bila
selawat ini menjadi amalan kita.
Pernah diceritakan ada seorang yang telah meninggal dunia
bertukar wajahnya menjadi kehitaman. Tidak lama selepas itu anaknya melihat
wajah ayahnya telah bertukar kembali seperti sediakala. Menurut anaknya,
ayahnya banyak melakukan dosa ketika hayatnya. Tetapi pada masa yang sama,
beliau juga banyak berselawat ke atas Nabi. Kemungkinan dengan berkat banyak
berselawat itulah wajah ayahnya itu telah kembali pulih.
Secara logiknya, kita akan dibangkitkan di akhirat nanti
bersama dengan berbilion orang lain yang juga umat Nabi Muhammad. Dengan
seramai itu, bagaimanakah Nabi kita boleh mengenali kita dan memberi syafaat
kepada kita? Hanya dengan banyak berselawatlah kita akan dapat dikenalinya
dengan mudah. Logiknya, jika kita selalu memberi hadiah kepada seseorang, pasti
beliau akan selalu ingatkan kita.
Di antara selawat yang bagus untuk diamalkan adalah selawat
Nariah, dibaca 11X selepas Subuh.
D. Membaca doa untuk keberkatan dunia dan akhirat sebelum
salam di dalam solat. Mudah-mudahan Allah memberikan ketenangan dan kebahagiaan
kepada kita.
Boleh juga ditambah dengan doa lain yang dimulai dengan
rabbanaa atau juga doa-doa yang lain.
E . Membaca doa seribu dinar 3X setiap lepas solat.
Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan kepada kehidupan kita dan diberi rezeki
yang tidak disangka-sangka.
F. Membaca doa untuk menjauhkan bala.
Bacalah doa ini setiap lepas solat subuh dan asar.
Mudah-mudahan Allah akan menjauhkan kita dari segala bahaya.
Bismillahillazi laayadhurruma’asmihii syaiunfil ardhi
walaafissamaai wahuwassamii ‘un’aliim 3X
G. Ketika menaiki kenderaan
Kemalangan itu boleh berlaku bila-bila dan di mana sahaja.
Selepas kita memastikan yang kereta kita berkeadaan baik, cara memandu kita
yang tidak merbahaya, kita hendaklah sentiasa bermohon kepada Allah meminta
supaya dijauhkan ia daripada menimpa kita. Banyak kejadian yang berlaku
walaupun dia memandu secara berhemah, ada kenderaan lain pula yang entah dari
mana datangnya melanggarnya. Maka, di sinilah pentingnya untuk kita berdoa
sebelum memulakan perjalanan. Lebih-lebih lagi jika ianya suatu perjalanan yang
jauh. Di antara doa yang bagus:
a. Bismillahirrahmaanirrahim
b. Bismillahi tawakkaltu ‘alallah walaahaulawala quwwata
illabillahil ‘aliyyil ‘azim
c. Doa naik kenderaan:
Subhaanallazii sakhkharalana haazawamakunnalahu muqriniin
Waiinaila rabbina lamun qalibuun
d. Bismillahillazi laayadhurruma’asmihii syaiunfil ardhi
walaafissamaai wahuwassamii ‘un’aliim
Jika ianya perjalanan yang jauh, seeloknya dilakukan solat
hajat sekali sebelum memulakan perjalanan itu (atau di malam sebelumnya)
memohon supaya:
a. Dilindungkan, diselamatkan, dijauhkan daripada
terlanggar, dilanggar atau terbabas ketika memandu
b. Dijauhkan dari mengalami kereta rosak atau tayar pancit
dijalanraya
c. Dijauhkan dari menjadi mengantuk atau tertidur ketika
memandu
d. Dirahmati sepanjang perjalanan pergi dan balik
Jika kita terlihat ada kemalangan yang berlaku ketika dalam
perjalanan, seeloknya kita terus berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur
Engkau telah melindungkan aku dari kemalangan seperti itu. Ya Allah ya tuhanku,
lindungkanlah aku, selamatkanlah aku, jauhkanlah aku dari melanggar, dilanggar
atau terbabas di jalanraya.
Ini kerana Allah gembira jika Dia mendengar ada hambaNya
yang bersyukur. Dan Dia akan menambahkan lagi rahmat/rezekiNya kepada mereka.
Jika ada pula yang kita lihat dikenakan saman polis,
janganlah pula kita mentertawakan/mengatakan padanlah dengan mereka. Ini kerana
kita tiada hak untuk berkata demikian. Sebaliknya, kita harus berdoa: Ya Allah,
sesungguhnya aku bersyukur Engkau telah menjauhkan/menyelamatkan aku dari
disaman seperti itu. Ya Allah ya tuhanku, lindungilah aku, selamatkanlah aku,
jauhkanlah aku daripada disaman polis di jalanraya.
H. Sebelum tidur
Tidur adalah keadaan di mana roh kita keluar dari badan, dan
ada ketikanya orang yang meninggal (bila roh itu tidak kembali ke badannya)
semasa di dalam tidurnya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk
menghadapinya. Oleh itu, kita mestilah memulakannya dengan beristighfar:
a. Istighfar 3X
b. Mengucap
c. Al Fatihah
d. Ayat Kursi
e. Al Ikhlas
f. Al Falaq
g. An Nas
Dibaca dan ditiupkan kepada dua-dua tapak tangan, disapu
keseluruh badan. Buat 3X.
h. Bagus kalau disambung dengan Bismillah 21X.
Jika ingin bangun tidur pada waktunya (eg jika tiada jam
loceng), bacalah
Ya qaihaq alaihissalam, kejutkan aku pukul ______
Amalan Tambahan
Untuk menebus diri kita daripada api neraka, ini adalah
amalan yang sangat dituntut, iaitu menghadiahkan surah Al Ikhlas 70,000X untuk
diri kita. (Sebaiknya dibaca selepas amalan Al Fatihah setiap hari). Tetapi
haruslah diingat, tiada jaminan yang aqidah kita tidak boleh/akan terpesong
setelah mengamalkannya. Dan hendaklah juga dihindari dari merasa ujub yang kita
telah melaksanakannya, berbanding dengan orang lain. Selama masa untuk
menghabiskan amalan ini, tidak diharuskan untuk kita menghadiahkan Al Ikhlas
ini kepada orang lain. Jika ingin bersedekah, maka memadailah bersedekah hanya
dengan Al Fatihah dan/atau Yaasin dahulu. Jika telah selesai, bolehlah pula
kita melakukannya/menghadiahkan Al Ikhlas 70,000X ini untuk ibu dan ayah kita.
Dipetik dari:
https://amalanharian.wordpress.com/2010/12/11/amalan-harian-yang-mudah-untuk-diamalkan/Dipetik dari:
No comments:
Post a Comment