RINGKASAN LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat C.A.H Enterprise, adalah sebuah Syarikat Bumiputera sepenuhnya telah ditubuh dan didaftarkan pada 09 Juli 1994, di Pejabat Pendaftaran Alor Setar, Kedah. No Pedaftaran : AS 0170488A dan pada 10 Nobember 2002 Syarikat ini dinaik taraf, telah dikoperatkan sebagai C.A.H Enterprise (Perlis) Sdn Bhd No Kompeni: 598391-V.
Teras utama aktiviti perniagaan ialah bekalan bahan-bahan binaan, mencakupi berbagai jenis termasuk kayu-kayan, bahan konkrit dan produk konkrit, simen dan kekengkasar (hardware).
Luas tapak pernigaan keseluruhannya adalah tiga ekar lebih kurang dan dibahagi tiga.
Dua bahagian bangunan kilang dan kilang. Keluasan bangunan kawasan kilang untuk operasi ialah 8960 kaki persegi'
Bahagian ketiga pula kawasan tidak berbumbung dan kawasan lapang untuk menyampan pasir batu tiga/lapan dan bata pasir, lihat gambar di sebelah.
Kawasan operasi Syarikat pula meliputi Perlis dan Kedah, sekiranya ada permintaan.
Pada bulan Mei 2009 syarikat telah menaik taraf mesin sedia ada untuk dijadikan auto penuh, naik taraf dibuat oleh syrikat tempatan dari Ipoh Perak, bila selesai pemasangan mesin bahagian susun tidak dapat berjalan dengan baik sebagaimana yang diharapkan, Syrarikat telah mengalami kerugian dengan pemasangan mesin yang tidak dapat berjalan dengan sempurna.Semua pekerja adalah bumiputera tempatan, Kilang bata ini dapat memenuhi permintaan kedai-kedai hardware dan pelanggan tempatan malahan pengeluaran berlebihan untuk stok dan jika ada permintaan walaupun banyak mana syarikat kami sedia memenuhi permintaan pelanggan. Kerana mesin bata ini dapat membuat pengeluaran kalau hendak boleh mencapai enam puluh sehingga lapan puluh ribu ketul sehari kerja penuh masa.
MESIN MEMBUAT BATA PASIR VIDEO
Pada masa ini syarikat tidak mengalami masalah lagi kerana semua perkerja adalah tetap.
Dua buah lori KBY 268 dan KL 32 yang mempunyai permit dengan SPAD. Lori-lori ini digunakan untuk menganakut pasir dan batu dari Kuari untuk simpanan di kedai syarikat dan mengangkut bata bila ada tempahan dari pelangan.
No comments:
Post a Comment